Powered By Blogger

17 February 2011


~Fobia komputer vs Ketagihan Komputer~

Perihal Fobia Komputer
• Dikenali dengan CYBERPHOBIA dan TECHNOPHOBIA.
• 18% daripada rakyat Amerika Syarikat terdedah kepada gejala ini.
• Reaksi seorang Cyberphobia atau Techno phobia:

~Enggan melakukan tugasan berkaitan penggunaan komputer.
~Enggan menyimpan dokumen.
~Enggan membuka dan menutup komputer yang kononya risau bahawa komputer akan meletup.



• Semenjak wujudnya inovasi komputer, manusia mengenal pasti beberapa sindrom yang dikaitkan dengan fobia komputer ini. Sebagai ketakutan,irasional mendedah, dari situasi tertentu, kegiatan, benda, atau orang. Antara sindrom berkaitan termasuklah:

1) kesukaran untuk bernafas,
2) pening,
3) berpeluhan dengan banyaknya,
4) menggeletar,
5) badan kedinginan,
6) kering tekak,
7) tidak dapat bertutur dengan jelas dan teratur,
8) tidak dapat berfikir dengan baik,
9) berasa ketakutan yang amat sangat

~ semua ini terjadi apabila seseorang itu menghadap komputer.

Jelasnya, fobia tersebut berlaku tanpa dipinta. Sebaik sahaja menghadap monitor komputer, seseorang itu akan berasa pening dan seakan hendak pitam. Kadangkala sehingga boleh termuntah. Bila perasaan takut berada di luar kawalan seseorang, atau jika perasaan takut adalah bercampur dengan kehidupan sehari-sehari turut mengeruhkan lagi keadaan.



Perihal ketagihan komputer
Ketagihan diertikan sebagai satu kebiasaan begitu kuat sehingga tidak boleh menyerah. Seseorang yang ketagihan computer sering menggunakan komputer secara berlebihan sehingga mengganggu kehidupan seharian. Sering berlaku kepada masyarakat Negara maju kerana keperluan kegunaan alat elektronik yang tinggi. Antara ketagihan yang berlaku ialah taksub melayari video game online dan laman web yang lain.
Gejala-gejala ketagihan computer seperti
• menghabiskan berjam-jam semata-mata untuk melayari internet dan sebagainya.
• selain itu sanggup melaburkan duit untuk mencari keseronokan di dalam perkhidmatan internet dan
• akhirnya mengabaikan tanggungjawab harian seperti belajar dan bekerja.

Tanda-tanda ketagihan kepada penagih computer ialah:
• Asyik dengan komputer atau mempunyai fikiran yang terus-menerus menggunakan internet.
• Tidak dapat mengawal atau menghentikan perilaku yang berlebihan walaupun telah berusaha
• Terlalu taksub melayari aplikasi internet
• Mempamerkan perilaku agresif atau kasar saat dihalang daripada menggunakan komputer
• Akan merasa tertekan dan gelisah apabila tidak menggunakan komputer


Kesan daripada ketagihan:
1-BERSIKAP INDIVIDUALISTIK
2-TIADA KEMAHIRAN INTERAKSI DAN INTERPESONAL YANG BAIK
3-BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN FIZIKAL. CONTOH: STRESS
4-MENYUMBANG KEPADA PENULARAN MASALAH SOSIAL