Isu dan Cabaran dalam Memperkasakan Ummah melalui ICT
Salah satu faktor yang dikenalpasti sebagai sebab runtuhnya akhlak dan mundurnya umat ini adalah kerana
kerosakan dalam nilai sosial dan moral. Justeru untuk memperkasa semula umat hari ini, penguasaan ilmu,
melalui penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus menjadi agenda utama. Ledakan
ICT juga telah membuka satu lagi wahana baru dalam arena dakwah. Bagaimanapun, di dalam keghairan
melayari bahtera kemajuan ICT, Islam sendiri meletakkan adab yang tersendiri.. Era kecanggihan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu cabaran getir bagi umat Islam era digital ini. Kertas kerja
ini menyingkap peranan yang boleh dimainkan dalam memanfaatkan ICT dalam berdakwah. Pelbagai isu
kontra seperti jajahan minda secara digital turut dikupas. Kertas kerja ini juga mencadangkan satu rangka kerja
baru yang menyeluruh dalam usaha memperkasa semula umat Islam melalui ICT. Hakikatnya semua pihak
harus punya pendirian tegas dalam agenda menyusuri arus perdana kemajuan ICT dunia
Isu dan Cabaran
Hari ini, pelbagai konteks maklumat
dihidangkan melalui corongcorong media seperti
akhbar dan Internet. Umat Islam perlu responsif
kepada maklumat yang dibaca, didengar dan
diterima. Input yang masuk ke minda manusia sama
ada melalui pembacaan atau media lain akan
memberi kesan kepada keimanan mereka. Imam
mereka sama ada akan meningkat atau terjejas
bergantung kepada nilai maklumat yang masuk.
Maklumat yang diterima bukan ditelan buat
bulat tetapi harus dicerna sesempurnanya. Ia harus
disusuli dengan memproses dan menilai agar
maklumat tersebut bernilai dan memberi kesan
kepada kehidupan. Dari sudut kepimpinan pula,
apaapa maklumat dari luar yang berkaitan dengan
organisasi yang dipimpin harus diawasi.
Mekanisma pengawasan ini sudah tentu terletak
pada bahu ketua organisasi. Maklumatmaklumat
sensitif dalaman umpamanya rahsia syarikat perlu
dipegang sungguhsungguh. Begitu juga dengan
usaha pihak luar untuk menyebarkan berita yang
berunsur fitnah sebagai contoh, perlu dikekang
sekeras mungkin.
Secara praktiknya, hari ini pemikiran umat perlu
didedakan kepada jurus yang kedua iaitu sesuatu
maklumat harus dinilai, diadili dan ditentukan
terlebih dahulu. Sebarang maklumat terutamanya
yang disalurkan oleh media barat harus diawasi.
Bukannya kita hendak menafikan 100% peratus
bahawa maklumat yang disalurkan dari barat
sebagai salah, namun perlu ada pengawasan dan
sifat berhemah dalam hal ini. Oleh itu, sebelum
kesimpulan dibuat, justifikasi maklumat harus
dibuat.
Sehubungan itu. usaha demi usaha telah dan
sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam
memastikan umat Islam khasnya dan negara ini
amnya tidak ketinggalan oleh negaranegara
membangun dari segi kemajuan ICT. Ini termasuk
penyediaan infrastruktur ICT seperti talian internet
dan jalur lebar.
Berdasarkan statistik, pada penghujung tahun
ini dijangkakan bilangan pelanggan perkhidmatan
jalur lebar di negara ini akan mencecah 1.3 juta
orang. Kerajaan turut mensasarkan 10 peratus
daripada populasi negara akan mengecapi
perkhidmatan sama menjelang 2008. Menerusi
Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP) pula, usaha
memperluaskan kemudahan ini turut merangkumi
kawasan desa dan luar bandar sebelum tahun 2010.
Usaha ini tidak terhad kepada sempadan fizikal
negara sematamata. Di pentas dunia, sebagai teraju
utama Pertubuhan Persidangan Negaranegara
Islam (OIC), negara kita telah mencadangkan agar
diwujud satu resolusi bagi membentuk sebuah
majlis untuk memacu keupayaan ICT negara
negara Islam. Hasilnya satu majlis yang dipanggil
sebagai Persidangan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Pembangunan
(KICT4D) telah diasaskan pada tahun 2005
Jajahan Minda secara Digital
Emel merupakan antara aplikasi utama yang
sering kita gunakan. Bagaimanapun, kebanyakan
pengguna emel percuma oleh penyedia seperti
yahoo.com masih belum merdeka. Mereka
‘dipaksa’ menerima emel sampah (spam) berupa
pujukan menjalinkan hubungan yang tibatiba
masuk ke peti mel. Selain itu, rakaman dan
penghantaran bahan lucah melalui telefon 3G kini beleluasa. Ingatlah bahawa anda akan
dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah SWT.
Terdapat banyak lagi informasi sampah yang
tidak sepatutnya berada di Internet yang diakses
secara bebas. Contohnya, terdapat laman web yang
memaparkan formula menghasilkan bom atau cara
menggunakan senjata api. Semua informasi ini akan
memudaratkan masyarakat yang merdeka. Selain
itu, golongan remaja begitu mudah tertipu dengan
laman web berunsurkan kefahaman black metal dan
sebagainya.
Media digital seperti Internet turut
disalahgunakan untuk mencari jodoh. Perkenalan
biasa boleh berakhir dengan perkara yang tidak
sepatutnya berlaku kepada remaja Islam. Niat
ikhlas mencari cinta bertukar kepada perhubungan
dua insan tanpa nikah yang diharamkan. Adakah
merdeka namanya jika kita masih tidak dapat
mengenali baik buruk kesan Internet?
Dalam kes yang lebih dahsyat, Internet
digunakan untuk perkenalan dan diakhiri dengan
kes rogol serta pembunuhan. Di Norway misalnya,
seorang gadis berbangsa Austria dan seorang
pemuda Norwegian dilaporkan telah membunuh
diri dengan terjun dari sebuah tebing. Pemuda
tersebut mengajak gadis berkenaan menjadi teman
bunuh dirinya menerusi perkenalan di sebuah bilik
sembang (chat room).
Media digital lain seperti televisyen nampaknya
masih lagi secara terangterangan menjajah kita. Ini
bermakna kita masih belum merdeka sepenuhnya.
Kerana sibuk menikmati siaran televisyen, kita
terhalang daripada menikmati kemanisan bacaan
Alquran dan zikrullah. Dalam kes yang lain, ada
antara kita yang sibuk menonton filem Hindustan
pada petang hujung minggu sehingga sanggup
melengahlengahkan solat Asar. Keindahan wajah
Aishwarya Rai pada kaca TV dengan mudah
memperhambakan seorang muslim yang mengaku
dirinya merdeka. Teruslah dia terlupa kepada
keindahan nur wajah bidadari yang Allah janjikan
melalui amalan kesolehan.
Oleh itu seharusnya program dokumentari
kisahkisah para Sahabat Rasulullah mereka
memerah keringat memperjuangkan Islam daripada
cubaan jajahan oleh empayar Rom dan Parsi
dijadikan rancangan televisyen. Inilah rancangan
realiti TV sebenar yang sewajarnya mendapat rating
yang tinggi. Lebih tinggi daripada Akademi
Fantasia yang membawa peserta dan penontonya ke
alam fantasi hingga sesekali terlalai daripada perintah Allah.
Bahan Berunsurkan Pornografi
Era kecanggihan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) mendedahkan satu lagi cabaran
getir iaitu serangan bahan pornografi melalui laman
web. Dahulunya, cara mendapatkan bahanbahan
tesebut adalah melalui majalah seperti Playboy.
Kini ratusan ribu laman web sedia menghidangkan
khidmat yang sama atau lebih mengghairahkan.
Dengan melihat paparanpaparan yang
menggiurkan, pasti iman akan goyah. Umat Islam
kini terdedah kepada satu lagi medium yang jika
tidak dibendung seawalnya, akan merosakkan iman
dan akhlak. Internet sepatutnya digunakan untuk
mencari ilmu pengetahuan, bagi mendekatkan diri
makluk kepada Khaliq (Pencipta). Namun jika
gejala ini tidak ditangani dengan iman dan takwa, ia
akan bertukar menjadi alat pemuas nafsu. Ia pasti
mendatangkan kemurkaan Maha Pencipta.
Aktiviti menonton bahan lucah di internet
sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang
jauh lebih serius daripada yang terduga.
Peningkatan kes perzinaan, rogol dan sumbang
mahram sedikit sebanyak adalah tempias kegiatan
memuaskan mata dengan gambargambar dari
laman lucah. Hakikat ini janganlah cuba kita
nafikan.
Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka yang
melayari internet akan berasa bahawa mereka
seolaholah berada dalam satu fantasi seksual
ciptaaan sendiri. Mereka akan cuba membayangkan
bahawa aksiaksi atau imej siber itu seolaholah
gambaran mereka sendiri yang sedang menikmati aktiviti seks.
Kesimpulan
-Memperkasakan institusi masjid.
-Ibubapa perlu memberi bimbingan kepada anak sejak dari kecil.
-Perlu penghayatan agama yang benar.
-Memperkasakan kemajuan ICT mengikut acuan Islam
No comments:
Post a Comment